Syamsul Yusof kembali ke pangkuan ibu bapa
Astro Awani
September 11, 2024 06:15 MYT
September 11, 2024 06:15 MYT
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof dilaporkan telah kembali ke ibu dan bapanya, Datuk Yusof Haslam serta Datin Patimah Ismail.
Foto Syamsul dikongsi sendiri Patimah menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya pada Rabu.
Syamsul dilihat bersama kedua ibu bapanya sambil mendukung anak perempuannya, Sumayyah. Turut kelihatan, bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana.
Sebelum ini Syamsul dilaporkan tidak berhubung dengan keluarga sehingga bercerai dengan Puteri Sarah pada tahun lalu.
Konflik rumah tangga mereka dikatakan disebabkan pernikahan Syamsul secara rahsia bersama Faghirah Fatini Kazaruddin, atau Ira, di selatan Thailand.
Namun Syamsul dan Ira sah bercerai pada 5 September lalu.