Syamsul, Puteri Sarah hadir ke pejabat Jawi

Sinar Harian
Mac 24, 2023 11:00 MYT
Syamsul (kiri) tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan jam 9.35 pada Jumaat bagi sesi perbincangan dengan isteri pertamanya Puteri Sarah menerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP). -Sinar Harian
SHAH ALAM: Syamsul (kiri) dan Puteri Sarah.
"Mudah-mudahan ada jalan penyelesaian, doakan yang terbaik".
Demikian harapan pengarah sensasi, Syamsul Yusof terhadap kemelut rumah tangganya yang berlanjutan sejak empat tahun lalu.
"Itu yang saya mahu tetapi kita tengok macam mana dan harap Sarah boleh berbincang secara baik dengan saya," katanya dalam satu video yang dimuat naik portal berita hiburan tempatan.
Syamsul tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) jam 9.35 pada Jumaat bagi sesi perbincangan dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah menerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Difahamkan, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, akan hadir ditemani adiknya ke sesi tersebut.
Pada 7 Mac lalu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka. -Sinar Harian
#Syamsul Yusof #Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin #JAWI #Jawatankuasa Pendamai
;