Syamel, Ernie selamat diijab kabul

Astro Awani
Mac 26, 2021 12:07 MYT
Foto sulung Syamel dan Ernie selepas sah disatukan sebagai suami isteri pada pagi Jumaat. - Gambar ihsan Sweetpictures_kl
KUALA LUMPUR: Pasangan artis popular, Syamel, 27, dan Ernie, 28, kini bergelar suami isteri selepas dinikahkan dalam majlis tertutup di masjid Puncak Alam, Selangor pada pagi Jumaat.
Di hadapan 20 ahli keluarga, Syamel melafaz akad sekitar pukul 10.30 pagi berwalikan bapa Ernie, Zakri Ahmad.
Penyanyi yang sangat popular dengan lagu Hidup Dalam Mati itu turut menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian kepada Ernie.
Pasangan berkenaan saling bertukar dulang hantaran tujuh berbalas lima.
Bagaimanapun, kesemua dulang berkenaan bagaimanapun, tidak dibawa bersama pada majlis tersebut sebagai memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Syamel dan Ernie sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos lalu.
#Syamel #Ernie #Masjid Puncak Alam #Hidup Dalam Mati #penyanyi
;