Syada Amzah jawab dakwaan 'perang dingin' dengan Shila Amzah
Gempak
Oktober 8, 2023 12:11 MYT
Oktober 8, 2023 12:11 MYT
PENYANYI Syada Amzah tampil menjelaskan khabar angin yang mendakwa sedang bergaduh dengan kakaknya, Shila Amzah.
Menafikan perkara terbabit, jelas Syada, 25, perselisihan faham antara adik-beradik adalah normal.
"Cakap pasal dingin, saya memang sentiasa perang dingin dengan semua adik-beradik saya. Saya rasa kita manusia biasa dan jadi normal saja.
"Saya ada terserempak dengan dia dekat Night of Fright, elok saja boleh bertegur sapa dan peluk. Tak tarik rambut, jangan risau! Risau fasal keluarga sendiri dulu okey," tulisnya di Instagram Stories.
Syada turut mengulas mengenai kononnya sokongan sebelah pihak buat abangnya yang bakal bertanding dalam sebuah program realiti nyanyian tidak lama lagi.
Sekali gus menegaskan khabar angin mereka adik-beradik berperang dingin tidak wujud sama sekali.
"Sebagai adik saya hanya menunjukkan sokongan kepadanya dan saya tulis sokongan seperti The Amzahs.
"Jika kami tidak okey saya tidak akan mengatakan The Amzahs. Jadi saya sangat berharap itu jelas," ujarnya.
Sebelum ini, khabar angin Shila dan Syada saling bermasam muka menjadi buah mulut ramai apabila dua beradik itu saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing. -Gempak