Sweet Qismina dah lama kenal suami, percaya Adam Lee fokus kerja ketika shooting
Gempak
Oktober 17, 2023 00:50 MYT
Oktober 17, 2023 00:50 MYT
Walaupun isu mengenai penyondol rumah tangga semakin menular dalam kalangan artis, namun, pelakon Sweet Qismina tetap meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suaminya, Adam Lee.
Menurut Sweet, dia mengenali Adam sejak sebelum bercinta lagi. Sehingga sekarang, Adam disifatkan sebagai individu yang tekun di lokasi penggambaran dan sentiasa berada dalam dunianya sendiri.
“Bagi saya, segalanya tentang rasa percaya. Saya kenali Adam sejak sebelum bercinta, bertunang dan berkahwin. Ketika itu kami kenal sebagai rakan kerja. Jadi, saya tahu karakter dia seperti apa. Adakah dia sejenis flirty atay fokus.
“Mengenali Adam, dia memang sentiasa berada dalam dunia kerja dia. Apabila sampai set, dia akan fokus pada kerja sahaja dan saya juga begitu. Sebab itu saya selesa dengan dia. Dan mungkin juga sebab hal yang sama, saya ada kepercayaan terhadapnya,” ujarnya katanya kepada Gempak.
Sweet berkata demikian pada sidang media drama bersiri Cik Misi 123 yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Dalam pada itu, Sweet menambah, dia berasa bersukur kerana Adam sentiasa berterus terang apabila berkomunikasi dengannya.
“Apa pun, saya bersyukur, Adam transparent. Dia akan sentiasa beritahu saya apa yang terjadi. Lagipun, mama merupakan manager, jadi apa-apa dia akan tahu dulu, katanya lagi.
Selain Adam Lee dan Sweet Qismina, Cik Misi 123 turut dibintangi oleh Hafreez Adam, Bella Dally, Afifah Nasir, Malek Mccrone, Wan Sharmila dan Faizdickie.
Bermula 9 Oktober, Cik Misi 123 ditayangkan Isnin hingga Khamis pukul 6 petang di Astro Ria dan Astro GO.