Sweet Child O' Mine video muzik era 80an cecah 1 bilion tontonan
Agensi
Oktober 16, 2019 13:55 MYT
Oktober 16, 2019 13:55 MYT
SINGLE Sweet Child O' Mine nyanyian kumpulan muzik Guns N Roses pada tahun 1987 berjaya mencatatkan tontonan berjumlah 1 billion di laman media YouTube.
Ia menjadi video muzik pertama dari era 80-an melepasi rekod 1 bilion tontonan.
Malah kumpulan muzik tersebut juga mengungguli platform 80 dan 90-an.
Lagu kumpulan itu pada 90an berjudul November Rain juga menjadi satu-satunya video muzik pada era tersebut mencatat rekod lebih 1 billion tontonan.
Ini bukan perkara baharu buat kumpulan muzik tersebut.
Sebelum ini album pertama mereka menjadi sejarah sebagai album sulung paling laris dengan 30 juta terjual di seluruh dunia.