'Swan Lake' bakal dipersembahkan di Malaysia oleh Ballet West UK
Bernama
Ogos 14, 2018 07:00 MYT
Ogos 14, 2018 07:00 MYT
SEBUAH kumpulan ballet profesional akan menampilkan persembahan ballet ikonik 'Swan Lake' karya Tchaikovsky dalam siri persembahan penuh di Malaysia bermula 24 Ogos.
Enam persembahan akan ditampilkan oleh penari dari Ballet West UK dari 24 hingga 26 Ogos, dan dari 31 Ogos hingga 2 Sept di Genting International Showroom, Resorts World Genting.
Dalam satu kenyataan, pakar acara dan hiburan Milestone Production Sdn Bhd berkata penari-penari itu akan dipimpin oleh penyanyi solo Jonathan Barton, Natasha Wilson dan Uyu Hiromoto bersama ballerina dari UK dan beberapa bahagian lain Eropah.
Tiket bagi menyaksikan persembahan bermula dari RM388 dan boleh dibeli di www.rwgenting.com.
Ballerina yang sedang meningkat naik boleh mendapatkan tip bagi menambah baik karya mereka dengan menyaksikan Ballet West International Masterclass.
Tiket berharga RM585 setiap masterclass, dan sesi masterclass diadakan pada 22 Ogos, 23 Ogos, 24 Ogos dan 30 Ogos di Arena of Stars, Genting, kata kenyataan itu.
-- BERNAMA