Susut 30kg sejak hidap penyakit jantung, Hail Amir beransur sihat

Gempak
Mei 28, 2019 21:34 MYT
Hail bersyukur kerana keadaan kesihatannya kini telah beransur baik.
PENYANYI veteran, Hail Amir mengalami penurunan berat badan sebanyak 30 kilogram selepas menghadapi masalah jantung sejak tahun lalu.
Menurut Hail, dia tidak mempunyai selera makan di peringkat awal penyakitnya itu.
"Saya mula mengetahui yang saya menghidap penyakit jantung pada tahun lalu.
"Pada peringkat awal penyakit itu, saya telah hilang selera makan yang membuatkan berat badan saya telah turun kira-kira sebanyak 30 kilogram," katanya kepada Gempak.
Namun begitu, Hail bersyukur kerana keadaan kesihatannya kini telah beransur baik.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kesihatan saya kini semakin baik, selera makan pun semakin bertambah," tuturnya menutup bicara.
Hail ditemui di Majlis Tautan Kasih yang bertempat di Arina Skyview, Kuala Lumpur semalam.
Antara lagu hit yang pernah dipopularkan Hail adalah Wajah Kesayangan Hamba, Ku Kejar Bayanganmu, Kabus dan banyak lagi.
#Arina Skyview #Hail Amir #Majlis Tautan Kasih #penurunan berat badan #penyakit jantung
;