'Susah senang I hanya you je tahu' - Ucapan Zaquan Adha pada isteri

Gempak
Disember 7, 2018 04:00 MYT
Suaminya, pemain bola sepak Malaysia, iaitu Mohd Zaquan Adha mendedikasikan ucapan khas terhadap Ayu menerusi akaun Instagram miliknya. - Foto IG Zaquan Adha
PELAKON Ayu Raudhah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-34 hari ini.
Suaminya, pemain bola sepak Malaysia, iaitu Mohd Zaquan Adha mendedikasikan ucapan khas terhadap Ayu menerusi akaun Instagram miliknya.
"Happy birthday my lovely wife ...Terima kasih kerana menjadi menjadi isteri yang baik dan sentiasa ada di belakang I.
"Susah senang I hanya you je tahu..I doakan semoga you dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan semoga you bahagia dunia akhirat..Love you sayang," tulis Zaquan.
#Ayu Raudhah #bola sepak #harimau Malaya #Instagram #keluarga #Mohd Zaquan Adha