Suri Hati Mr. Pilot sudah habis, Fattah Amin tak boleh 'move on'

Gempak
November 4, 2016 12:00 MYT
Video tersebut mendapat hampir setengah juta views dan menerima 8 ribu komen. - Foto Instagram Neelofa

DRAMA bersiri Suri Hati Mr Pilot sudah pun berakhir pada malam tadi (Khamis), namun pelakon utamanya Fattah Amin masih belum ‘move on’ dan berat untuk melepaskan Neelofa.

Neelofa telah memuatnaik sebuah video di laman Instagram (IG)nya pada malam semalam dengan kapsyen “meminta " - so malam ni guysssssss!! love you soo much semua.
Menerusi entri tersebut, Neelofa merakam video mereka berdua untuk mempromosikan episod terakhir drama tersebut.
Fattah bagaimanapun seolah-olah tidak gembira apabila Neelofa memberitahu Suri Hati Mr Pilot sudah berakhir.
Secara spontan Fattah memandang tepat ke arah Neelofa dan bertanya: “tapi I boleh tengok muka u lagi kan?
BACA: Suri Hati Mr Pilot: 7 golongan penonton pilihan
BACA: Sukar dapatkan sesi fotografi, Fattah Amin nafi jadi sombong
BACA: Penangan 'LOFATTAH'
Kata-kata Fattah menyebabkan Neelofa terdiam (mungkin malu), dan menghentikan rakaman selepas menyebut perkataan “meminta”.
Sementara itu, pengikut IG Neelofa masing-masing meninggalkan komen dengan hashtag #lofattah dan membuat kesimpulan, ketika berpandangan pasangan ini seperti ingin memberitahu "sesuatu" yang bermakna.
Video tersebut mendapat hampir setengah juta ‘views’ dan menerima 8 ribu komen daripada netizen yang rata-ratanya mahu percintaan Wardah dan Ejaz diteruskan di alam nyata.
Drama Suri Hati Mr Pilot juga turut menjadi trending world wide di Twitter sepanjang tayangannya di Astro Ria dan Ria HD dan kakal nombor satu sehingga episod terakhirnya semalam.
So Sweet! Jom tengok video di bawah:

#adaptasi #Dia Semanis Honey #drama bersiri #Fattah Amin #Neelofa #Suri Hati Mr. Pilot