Suri Hati Mr Pilot: 7 golongan penonton pilihan
Madiha Abdullah
November 4, 2016 12:03 MYT
November 4, 2016 12:03 MYT
SIRI drama adaptasi Suri Hati Mr Pilot akhirnya melabuhkan tirainya pada Khamis.
Mengumpul lebih lima juta penonton setiap episod, tidak hairanlah tajuk drama itu trending hampir setiap episod.
Sempena pengakhiran kisah Ejaz dan Warda yang happy ending, kami kumpulkan beberapa tweet dan status dari laman sosial yang mencuit hati, yang turut menyumbang kepada fenomena drama yang diadaptasi daripada novel tulisan Dila Dyna.
TEAM EMOSI
Paling ramai tentu sekali golongan beremosi yang seringkali tidak dapat dapat menahan air mata setiap kali babak sedih muncul.
TEAM TAK AMBIL TAHU
Sama ada mereka ini menonton atau tidak, tidak dapat dipastikan. Yang pasti, mereka tidak kisah dengan apa yang terjadi dalam drama itu.
TEAM 'LOFATTAH'
Ini pula kumpulan yang masih berharap Neelofa dan Fattah Amin berjodohan di alam realiti.
TEAM 'AMBIL PENGAJARAN'
Ambil pengajaran dalam setiap apa yang terjadi, mungkin itu prinsip mereka.
TEAM 'HAFAL DIALOG'
Dek kerana fanatik, setiap ayat dan dialog yang diucapkan pelakon-pelakon memberi kesan sehingga 'terhafal'.
TEAM 'PENGKRITIK/PEMIKIR TEGAR'
Kritikan dan komen-komen mereka perlu difikirkan juga kerana boleh menjadi pemangkin penghasilan karya yang lebih baik di masa hadapan.
TEAM 'KAWAN SAMPAI SYURGA'
Watak kawan baik kepada Warda dan Ejaz, Johan dan Jannah, turut berjaya memikat hati.