Suliza Salam kembali bergelar isteri
Gempak
Disember 21, 2024 17:20 MYT
Disember 21, 2024 17:20 MYT
PENYANYI era 1980-an, Suliza Salam, 59, menamatkan zaman ibu tunggalnya hari ini.
Ringkasan AI
- Penyanyi era 1980-an, Suliza Salam, 59, menamatkan zaman ibu tunggalnya dengan melangsungkan pernikahan hari ini.
- Majlis pernikahan dihadiri oleh anak lelakinya, Ismail Izzani, serta rakan selebriti seperti Datin Ziela Jalil, Lizza Abdullah, Haleeda, dan Fauziah Sarman.
- Pelakon Anne Abdullah mengucapkan tahniah kepada Suliza Salam melalui muat naik di Facebook, mendoakan kebahagiaan dan kekal hingga ke Jannah.
Menerusi muat naik pelakon Anne Abdullah di Facebook, Anne berkongsi momen majlis pernikahan Suliza bersama pilihan hatinya.
Dalam persalinan serba putih itu, Suliza turut ditemani anak lelakinya yang juga penyanyi Ismail Izzani memasuki dewan acara.
“Tahniah Kak Suliza Salam. Moga kekal ke Jannah. I'm happy for you, kakak,” tulis Anne di Facebook.
Antara rakan selebriti lain yang hadir ialah Datin Ziela Jalil, Lizza Abdullah, Haleeda dan Fauziah Sarman.
Untuk rekod, Suliza pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan terkenal, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin yang juga penerbit filem pada 11 Januari 1991. -Gempak