"Suit and Tie" oleh JT muncul dengan video muzik rasmi

Astro Awani
Februari 15, 2013 12:18 MYT
Selepas dilancarkan pertengahan Januari lalu, single "Suit and Tie" muncul dengan video muzik rasmi.
Single terbaru ini menandakan kembalinya Justin Timberlake selepas enam tahun tidak muncul dengan sebarang album mahupun single.
Video ini menjalani penggambaran pada 25 Januari lalu dan diarahkan oleh David Fincher.
Timberlake pernah bekerjasama dengan Fincher menerusi filem "The Social Network" di mana Timberlake membawakan watak pengasas Naspter, Sean Parker.
Enam tahun lalu, Timberlake berehat dari dunia nyanyian kerana memberi fokus terhadap lakonan.
Antara filem yang dijayakannya termasuk "Bad Teacher", "Friends With Benefits" dan "In Time".
#Justin Timberlake #Suit And Tie #video muzik rasmi