Sufian, Elfira putus tunang: Jalan terbaik elak perceraian - Wan Dazrin

Atiqah Ismail
Februari 19, 2018 14:46 MYT
Wan Dazrin (kanan) menasihati masyarakat untuk memperbetulkan perspektif berkaitan pertunangan. -Foto Instagram/Wan Dazrin & Sufian Suhaimi
SELEPAS ibu kepada pelakon Elfira Loy, Filzah Yusoff mengesahkan status pertunangan anaknya dengan penyanyi Sufian Suhaimi terputus, kedua-kedua selebriti itu menerima pelbagai reaksi di media sosial.
BACA: Elfira Loy dan Sufian Suhaimi putus tunang?, tapi cincin tak pulang - Sumber
Beberapa netizen berpendapat Elfira dan Sufian sepatutnya bersederhana dalam hubungan mereka selain merahsiakan pertunangan mereka daripada pengetahuan umum.

Elfira loy dan sufian suhaimi putus tunang? Padan muka.Dulu bukan main heboh satu mlaya sufian suhaimi dia punya.Skrg apa jadi? Rahsiakn pertunangan hebahkn perkahwinan. Sbb mase tunang jangan yakin sgt dia kita punya bhaiiiii....

— Zelangg(@Zelang5) February 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Satu perkara yg boleh diambil iktibar terhadap isu putus tunang diantara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy ialah pertunangan tidak perlu digempar gempurkan macam orang sudah berkahwin. Bersederhanalah dalam setiap perkara wahai kawan-kawan.

— Wafishere (@WAIFY10) February 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walau bagaimanapun, bekas peserta rancangan berkonsep dakwah, Wan Dazrin Wan Din mengeluarkan satu kenyataan di akaun Instagramnya hari ini bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat mengenai pertunangan daripada sudut pandangan Islam.
“Ke hadapan Sufian dan Elfira, jangan malu akan hal ini kerana kalian tidak melanggar mana-mana sudut pandang Islam yang sebenar dalam hal pertunangan.
“Sebenarnya perpisahan kalian tidak lari dari objektif pertunangan itu diadakan. Dalam buku saya ‘Bertunang-One Step Closer’, telah saya kupas perihal ini.
Menurut Wan Dazrin, pertunangan ialah tempoh mencari titik persefahaman sebelum memeterai perkahwinan.
“Pertunangan adalah tempoh suai kenal pasangan kita, apa yang kita boleh bertolak ansur dengannya, penerimaan keluarga kita dan dia bagaimana, sejauh mana kita boleh bersabar dengan sikap dia. Itu semua menjadi ukuran dalam pertunangan.
“Maka dalam tempoh bertunang, ia memang menjadi asas untuk mencari titik persefahaman dan bila kita nampak tiada, maka sudah tentu berpisah adalah jalan yang akan menjaga kesucian perkahwinan yang nak dibina nanti.
“Sebab itu saya nak kalian tahu, ada jalan hikmahnya pertemuan dan perpisahan dalam sesebuah pertunangan. Dengan ini kalian tidak akan menjadikan kesedihan terpisah ini berpanjangan dan seolah tidak dapat diganti semula.
Selain itu, Wan Dazrin turut menasihati netizen untuk memperbetulkan perspektif masing-masing berkaitan pertunangan.
“Kepada semua, ketahuilah kita tersalah pandang dalam isu putus pertunangan. Ia bukan suatu yang memalukan, ia bukan suatu keaiban seperti yang digembar gemburkan selama ini.
“Sebaliknya, jika pasangan itu tidak jumpa jalan persefahaman, maka perpisahan itu sentiasa menjadi jalan yang baik. Perpisahan sewaktu pertunangan yang akan menyelematkan sedikit sebanyak institusi perkahwinan dari penceraian.
“Nabi SAW pernah menyebut, perkara halal yang dibenci Allah Ta’ala adalah Talak (Perceraian). Sahih dalam Sunan Abi Daud.
“Kalian, sedar atau tidak, itu lebih teruk kedudukannya jika ia berlaku, Allah swt “Benci”, ia bukan lagi hal enteng.
Bagaimanapun, Wan Dazrin turut berharap Sufian dan Elfira masih boleh mengekalkan silaturrahim walaupun selepas putus tunang.
“Saya berharap agar Sufian dan Elfira faham, terputusnya kalian bukan terputusnya ukhuwah sesama Islam, cuma terputus kerana tiada keserasian dan persefahaman,” ujar Wan Dazrin.
Terdahulu, Wan Dazrin pernah menegur budaya berpakaian wanita dalam kalangan lelaki walaupun untuk parodi.
BACA: 'Lelaki berpakaian wanita itu dilaknat Nabi, walaupun untuk parodi'
#Elfira Loy #Filzah Yusoff #Instagram #netizen #putus tunang #Sufian Suhaimi #Wan Dazrin
;