Sufian 'Baby Pian' Suhaimi dah ada 1 juta pengikut di Instagram

Gempak
Februari 8, 2019 20:00 MYT
Di entri tersebut Sufian memuat naik gambar memegang sekuntum ros beserta kapsyen ringkas. - Foto Instagram Sufian Suhaimi
PENYANYI dan finalis Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), Sufian Suhaimi meraih sejuta pengikut di Intagramnya (IG) hari ini.
Perkara itu dikongsi Sufian menerusi sebuah entri di IGnya buat tatapan umum.
Di entri tersebut Sufian memuat naik gambar memegang sekuntum ros beserta kapsyen ringkas.
"1 million followers appreciation post," tulisnya.
BACA: Duit berterbangan? Bukanlah, sebenarnya... - Sufian Suhaimi
BACA: Sharifah Shahira sedia terima Sufian Suhaimi sebagai menantu
BACA: Tular foto mirip Sufian Suhaimi tidur bersama seorang wanita
Sufian telah memenangi kategori persembahan terbaik di pentas AJL 33 Ahad lalu menerusi lagu popularnya, Di Matamu.
Selain itu, kategori vokal terbaik dimenangi oleh Misha Omar dengan lagunya Sampai Bila sekaligus merangkul tempat ketiga.
Sementara tempat kedua dimenangi oleh Ara Johari menerusi lagu Bunga, dan kedudukan juara telah disandang oleh Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini yang mempertaruhkan lagu duet mereka iatu Haram.
#AJL #IG #Instagram #pengikut Instagram #Sufian Suhaimi
;