"Sudi tak arahkan Avengers 5?" - Anak Malaysia dapat 'tawaran' pengarah Marvel Studios
Gempak
Mac 20, 2018 19:51 MYT
Mac 20, 2018 19:51 MYT
GARA-GARA tular video parodi trailer 'Avengers: Infinity War' yang dihasilkan untuk tugasan Bahasa Inggeris, sekumpulan penuntut kolej tempatan ditawarkan untuk mengarahkan filem 'Avengers 5'.
Lebih menarik apabila tawaran itu datang sendiri daripada pengarah filem Avengers, Anthony dan Joe Russo.
"Aiman. Anda semua adalah genius. Sudi tak mengarahkan Avengers 5?" tulis pengarah terkemuka itu di Twitter dalam nada berjenaka.
Aiman. You guys are geniuses. Are you available to direct Avengers 5? https://t.co/8IIS3hacBu
— Russo Brothers (@Russo_Brothers) March 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aiman Sany memuat naik klip video berkenaan di Twitter, kelmarin dengan mesej khusus kepada @MarvelStudios: "Who did it better?" (Siapa yang lebih bagus?).
Parodi trailer 'Avengers: Infinity War' itu memaparkan petikan suara asal dan dilakonkan semula menggunakan prop dalam dorm seperti pinggan, penyepit kain dan bijirin Koko Krunch.
Anthony dan Joe Russo terkenal menerusi filem daripada komik Marvel seperti 'Captain America: Winter Soldier', 'Captain America: Civil War' dan 'Infinity War' yang bakal ditayangkan.
Video parodi yang dimuat naik pada 18 Mac lalu telah ditonton lebih 2.8 juta kali dan lebih 78,000 retweet.
Who did it better? @MarvelStudios pic.twitter.com/k504zAadGB
— Aiman Sany (@awesomerawks) March 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter
#anthony and joe russo
#avengers 5
#Avengers Infinity War
#avengers parody trailer
#marvel comics
#Russo Brothers