Sudahkah anda bersedia? Perjalanan Marvel fasa empat kini bermula

Asyraf Roslan
Julai 21, 2019 08:34 MYT
Natalie Portman juga diumum bakal kembali memainkan watak Jane Foster / Lady Thor dalam filem Thor 4 : Love and Thunder - Gambar Twitter/ Marvel Studio
MUNGKIN ada yang menjangka Avengers: Endgame adalah penamat bagi segalanya... namun anda silap!
Pada Ahad, Presiden Marvel Studio, Kevin Feige telah melancarkan Marvel Cinematic Universe (MCU) tahap empat di Comic-Con International 2019: San Diego.
Antara filem yang bakal menemui anda dalam tempoh dua tahun akan datang ialah Black Widow, The Eternals, Thor 4: Love and Thunder dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.
Kevin juga ditanya media antarabangsa mengenai bilakah peminat MCU boleh melihat kemunculan filem X-Men dan hero Marvel yang lain menyertai MCU sejak gabungan Disney dan Fox?
BACA : Apa selepas 'Avengers: Endgame'? Ini senarai filem Marvel seterusnya
BACA : Avatar bakal turun takhta, Avengers: Endgame filem terlaris di dunia
Jawapan mudah yang diberi olehnya mudah, ia dalam perancangan.
Dalam masa sama, Natalie Portman juga diumum bakal kembali memainkan watak Jane Foster / Lady Thor dalam filem Thor 4: Love and Thunder bersama Chris Hemsworth dan Tessa Thompson.
#Black Widow #dr strange #filem #Marvel #MCU #Thor