Suami Natalie Portman curang dengan aktivis usia 25 tahun

Gempak
Jun 6, 2023 00:38 MYT
Portman dilaporkan menghidu kecurangan suaminya dengan gadis tersebut sekitar bulan Mac lalu. - Gambar Gempak
Rumah tangga aktres berprolifik dan cantik, Natalie Portman dengan suaminya, Benjamin Millepied sedang dilanda badai.
Millepied diketahui curang dengan menjalin hubungan bersama seorang gadis berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Étienne. Étienne adalah seorang aktivis.
Portman dilaporkan menghidu kecurangan suaminya dengan gadis tersebut sekitar bulan Mac lalu. Paparazi pula berjaya merakamkan Millepied dan Étienne pada bulan Mei.
Meski dicurangi, Portman didakwa masih mahu menyelamatkan rumah tangganya dan enggan berpisah dengan Millepied yang merupakan seorang koreografer tersebut.
Millepied, 45, juga dikatakan berusaha keras untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan sekali gus memastikan Portman memaafkan sikap curangnya.
“Dia sedar telah melakukan banyak kesilapan dan mahu Portman memaafkannya serta menyelamatkan keluarga mereka.
“Portman pula kekal menjaga privasi keluarganya dan tidak berminat untuk berkongsi dengan media. Keutamaannya adalah anak-anak dan privasi mereka,” ujar satu sumber seperti dilaporkan People.
Pasangan yang memiliki dua anak ini baru merayakan ulang tahun perkahwinan ke-10 tahun lalu. Mereka berkahwin pada 2012 selepas berkenalan dalam filem Black Swan. - Gempak
#Ulang Tahun Perkahwinan #Rumah Tangga #koreografer #aktivis
;