Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie

Gempak
April 29, 2024 18:29 MYT
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma (kanan). -Gempak
NAMA pelakon Irma Hasmie tiba-tiba menjadi bualan apabila suaminya, Redza Syah Azmeer memuat foto dipercayai foto pernikahan bersama seorang wanita.
Menerusi Instagram, Redza menulis menulis kapsyen dengan memberi bayangan mengenai perjalanan baharu dengan wanita berkenaan.
“Bismillah. Perjalanan baharu bermula. Fokus adalah keluarga, karier dan masa hadapan bersama. Semoga Allah membalas kebaikan untuk doa-doa kalian.
“Semoga Allah SWT makbulkan segala doa-doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari,” tulisnya.
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Sungguhpun begitu, Irma tidak memberikan sebarang respons baik secara lisan mahupun menerusi perkongsian di laman sosial.
Sekitar tahun lalu, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Irma dan suami sedang bergolak susulan jarang memuat naik foto bersama.
Malah menerusi satu temu bual sebelum ini, Irma turut enggan mengulas mengenai dakwaan dia dan Redza sudah bercerai kerana tidak mahu bercakap soal kisah peribadinya. -Gempak
#Irma Hasmie #Redza Syah Azmeer #foto pernikahan #rumah tangga bergolak
;