Suami hadiahkan kereta, Yana Samsudin hanya mampu ucap 'terima kasih sayang'

Gempak
September 27, 2017 21:42 MYT
Menerusi satu entri di akaun Instagram (IG)nya, Yana telah memuat naik foto bersama suami dan anak bergambar bersebelahan sebuah kereta jenis Kenderaan Utiliti Sukan (SUV).
PELAKON Yana Samsudin teruja selepas menerima hadiah sebuah kereta daripada suaminya, Fadzil Zahari sebagai kejutan di majlis hari lahirnya.
Menerusi satu entri di akaun Instagram (IG)nya, Yana telah memuat naik foto bersama suami dan anak bergambar bersebelahan sebuah kereta jenis Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) warna putih dengan ikatan riben merah jambu.
Dalam kapsyen tersebut, Yana memberitahu dia sangat terkejut dan gembira dengan hadiah yang diberikan serta mengucapkan terima kasih kepada suaminya.
Berikut merupakan entri tersebut:
#hadiah #Instagram #kereta #SUV #Yana Samsudin
;