Suami Fouziah Gous jelaskan gelaran Datuk, Datin

Sinar Harian
April 9, 2018 11:48 MYT
-Gelaran itu hanya dipakai ketika acara-acara rasmi yang melibatkan kerja saya sahaja. Saya pun bukan selebriti jadi tak perlulah nak dihebah-hebahkan." - Foto Sinar Harian
MINGGU lalu heboh diperkatakan mengenai status pelakon cantik Fouziah Gous yang kini bergelar datin.

Fouziah berdiam diri menggenai perkara ini. Namun, Sinar Harian telah mendapatkan komen daripada suaminya Datuk Zhafran Md Yusof.

Menurut Zhafran, sebenarnya gelaran Datuk tersebut sudah lama diperolehi.

“Gelaran itu hanya dipakai ketika acara-acara rasmi yang melibatkan kerja saya sahaja. Saya pun bukan selebriti jadi tak perlulah nak dihebah-hebahkan.

“Sekarang bila semua dah tahu, nak panggil Datuk boleh, nak panggil Zhafran pun lagi bagus. Saya tak ada masalah,” ujar suami Fouziah ini ikhlas.

Sementara itu ditanya pula mengenai isterinya, Zhafran menjelaskan pendirian mereka sama.

“Nak panggil Fouziah boleh, nak panggil datin pun terpulanglah.

“Namun kalau ikut beliau, selesa dipanggil Fouziah sahaja. Cuma kalau acara rasmi bersama saya, tak boleh elak. Bagi kami okay sahaja,” katanya lagi yang kini sedang bercuti di Kota London bersama Financial Genius Group.

#financial genius group #Fouziah Gous #keluarga #selebriti #Zhafran Md Yusof
;