Suami Datin Seri Umie Aida, bertanding di Parlimen Jasin

Sinar Harian
Mei 5, 2018 19:41 MYT
Khairuddin yang merupakan Penyelaras Gerakan Deklarasi Rakyat menegaskan beliau tidak akan menggunakan populariti isterinya itu untuk memancing undi. - Foto Sinar Harian
SELAIN suami pelakon Zizie Izette, Datuk Bung Mokhtar Radin yang merupakan calon kerusi Parlimen Kinabatangan, Sabah, dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu depan, Datin Seri Umie Aida juga menjadi perhatian atas sebab yang sama.
Suami pelakon yang kini sedang hangat dengan filem Dukun ini iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bakal bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Jasin, Melaka.
Bagaiamanpun, Khairuddin yang merupakan Penyelaras Gerakan Deklarasi Rakyat menegaskan beliau tidak akan menggunakan populariti isterinya itu untuk memancing undi.
“Saya akui ada tempat yang orang kenal dan ada yang tidak kenal saya. Tetapi menjadi suami kepada pelakon adalah anugerah buat saya.
"Dia (Umie) orang seni, saya orang politik, jadi biarlah orang kenal saya sebagai orang politik," katanya yang dipertik daripada sebuah akhbar baru-baru ini.
Khairuddin yang merupakan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan kini bertanding sebagai calon PKR.
#DUKUN #Jasin #Khairuddin Abu Hassan #Melaka #Parlimen #pilihan raya umum #PKR #politik #Umie Aida
;