Steve Harvey, Miss Colombia bakal hos bersama Miss Universe 2016?

Syafique Shuib
Januari 25, 2016 21:33 MYT
Steve Harvey dan Miss Colombia Ariadna Guttierez disatukan sekali lagi untuk segmen khas rancangan 'Today' di Amerika Syarikat. -Gambar: YouTube/Today
PENGACARA Steve Harvey tidak menolak cadangan jika disatukan bersama Miss Colombia Ariadna Gutierrez sebagai hos bersama Miss Universe 2016.
Dalam satu wawancara khas bersama rancangan “Today” di Amerika Syarikat, pelawak dan personaliti televisyen terkenal itu setuju dengan cadangan itu.
“Sekarang ini, beliau merupakan peserta Miss Universe paling terkenal ketika ini.
BACA: Steve Harvey akan bertemu Miss Universe dan Ratu Colombia menerusi rancangan khas
BACA: Pentas Miss Universe kecoh kerana salah umum pemenang
“Saya berani bersumpah wanita ini bakal berada di pentas itu (Miss Universe 2016),” kata Harvey.
Wartawan Natalie Morales yang menemuramah Harvey dan Gutierrez mencadangkan agar Miss Colombia itu membaca dan mengumumkan pemenang kali ini.
Gutierrez kemudian pantas menjawab dan bersetuju dengan cadangan itu.
Harvey dan Gutierrez disatukan sekali lagi untuk segmen khas rancangan ‘Today’ setelah Gutierrez menjadi tetamu untuk program khas yang dikendalikan oleh Harvey iaitu Miss Universe: The Truth.
Dalam segmen itu, Gutierrez memberitahu beliau telah memaafkan Harvey atas kesilapan yang berlaku di pentas akhir Miss Universe 2015.
Ketika itu, Harvey mengumumkan Gutierrez sebagai pemenang walaupun pemenang sebenar adalah Miss Philippines Pia Alonzo Wurtzbach.
Harvey menandatangi kontrak bersama pihak Miss Universe Organization sebagai hos untuk beberapa tahun.
#Ariadna Guttierez #Miss Universe #Pia Alonzo Wurtzbach #Steve Harvey
;