Stephen Fry kongsi pengalaman hoskan Bafta

Astro Awani
Februari 6, 2013 10:27 MYT
Tidak asing sebagai hos di Bafta, Stephen Fry sudah cukup bersedia.
Pelawak itu sering mengacarakan anugerah berprestij tersebut sejak tahun 2001
Bafta atau British Academy of Film and Television Arts yang dianjurkan industri perfileman Britain disifatkan setaraf dengan anugerah Oscar.
Sinonim dengan pengacaraan majlis-majlis besar, Fry tidak risau untuk berdepan segala kemungkinan.
Salah seorang pesaing dalam anugerah Bafta tahun ini ialah Ben Affleck yang membawa filem "Argo" untuk kategori pengarah dan filem terbaik.
Fry turut menyatakan pandangannya mengenai ketiadaan Affleck untuk kategori pengarah terbaik dalam anugerah Oscar.
Pemenang anugerah Bafta akan diumumkan dalam majlis di London pada 10 Februari dua minggu sebelum anugerah Oscar berlangsung.
#bafta #Stephen Fry