Stay strong Bella, umur muda tetapi matang! - Netizen puji sikap isteri Aliff Aziz

Gempak
Julai 31, 2017 23:46 MYT
Rata-rata netizen berpendapat berpendapat, Bella seorang isteri yang sangat penyabar dan bertenang menghadapi situasi sekarang. - Foto Astro Gempak

HARI INI, selepas majlis sidang media penyanyi dan pelakon berasal dari Singapura Aliff Aziz, rata-rata pelayar laman sosial memuji sikap pemaaf Bella Astilah.

Mereka juga berpendapat, Bella seorang isteri yang sangat penyabar dan bertenang menghadapi situasi sekarang.
Tambah mereka lagi, keputusan Bella untuk menarik balik laporan polis yang dibuat ‘mungkin’ satu kesilapan, namun seorang isteri yang masih menyayangi suaminya mempunyai hak untuk berbuat demikian.
BACA: Bella masih sayangkan Aliff, tidak terfikir untuk bercerai
BACA: 'Ya, saya salah...' - Aliff Aziz

Bella lebih dihormati pelayar laman sosial kerana sikapnya yang tenang dan tabah serta lebih matang dari usia sebenarnya.

Selain itu, ramai juga pelayar laman sosial yang meminta Afifah Nasir tampil membuat permohonan maaf secara terbuka seperti dilakukan Aliff.
Petang semalam, sidang media yang bersiaran langsung menerusi Facebook Astro Gempak ditonton hampir 300,000 pelayar Internet.

Menerusi sidang media yang diadakan di Hotel Roof Garden itu, Aliff, 26, tidak menafikan bersikap curang terhadap isterinya dan telah meminta maaf kepada semua pihak yang terjejas kerana kontroversi itu.

"Sebagai manusia biasa saya tidak lepas daripada buat kesilapan. Apa yang saya boleh katakan, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Perkara sebenar hanya saya dan dia (Afifah) sahaja yang tahu," katanya.

#Afifah Nasir #Alif Aziz #Bella Astilah #Facebook #laman sosial #perkahwinan