Status hubungan dengan Janna Nick: 'Tunggu lepas Ramadan' - Dini Schatzmann

Gempak
Februari 27, 2023 17:04 MYT
Dini (kiri) menegaskan hubungan mereka berdua tidak pernah bermasalah seperti yang didakwa malah sentiasa ada satu sama lain. - Gambar fail
STATUS hubungan cinta antara pasangan selebriti terkenal Dini Schatzmann dengan Janna Nick masih menjadi tanda tanya sehingga kini.
Enggan mengulas mengenai perkara itu, Dini bagaimanapun memaklumkan dia dan Janna bakal mengumumkan berita melibatkan peribadi mereka dalam masa terdekat.
“Sebenarnya saya tak boleh beri sebarang komen buat masa sekarang. Tetapi kami akan ada berita yang kami akan kongsikan dengan semua orang dalam masa terdekat.
“Berita yang agak besar… tapi kena tunggu. InsyaAllah, mungkin lepas Ramadan. Saya rasa semua benda ada waktu dan perancangan macam mana ia berjalan.
“Buat masa sekarang bukan masa yang sesuai. Ada beberapa perkara yang sedang terjadi yang buatkan masa sekarang ni tak sesuai untuk kongsi berita ini,” kata Dini kepada Gempak.
Dini ditemui ketika malam kemuncak Anugerah Gempak Most Wanted 2022 di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor pada Ahad.
Sementara itu, Dini menegaskan hubungan mereka berdua tidak pernah bermasalah seperti yang didakwa malah sentiasa ada satu sama lain.
“Hubungan saya dengan Janna memang baik, tak pernah tak baik. Kalau apa-apa pun kita tak akan gaduh. Kami sentiasa ada satu sama lain. Kami pun masih berkerjasama.
“Semuanya baik… tak ada masalah apa-apa,” ujarnya.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Gempak
#Dini Schatzmann #Janna Nick #hubungan cinta #Selebriti Malaysia
;