'Star Wars: The Last Jedi' kutip AS$105 juta pada hari pembukaan

Agensi
Disember 17, 2017 18:33 MYT
Star Wars: The Last Jedi mengungguli carta 'pecah panggung' di AS - Gambar fail
Star Wars: The Last Jedi menepati ramalan apabila mengungguli carta pecah panggung di Amerika Syarikat (AS).
Filem arahan Rian Johnson itu berjaya mengutip AS$104.8 juta di negara Uncle Sam itu pada tayangan pembukaannya Jumaat lalu.
Jumlah kutipan itu termasuk AS$45 juta pada tayangan malam khamis.
Kutipan itu bagaimanapun gagal menyaingi Star Wars: The Force Awaken yang mencatat kutipan AS$119.1 juta bagi tempoh sama pada 2015.
Di peringkat antarabangsa, filem terbitan Disney itu turut jadi lubuk duit buat pemilik panggung wayang. AS$60.8 juta dikutip dalam dua hari tayangan di 48 negara.
Di Turki dan Korea Selatan, filem ini catat kutipan hari pembukaan tetinggi sementara di Jerman, Australia, New Zealand, Finland, Belanda, Sweden dan Iceland ia Berjaya menjadi filem kedua terima kutipan tertinggi sepanjang zaman.
Dibantu promosi dan ulasan positif daripada pengkritik dan peminat. Star Wars: The Last Jedi dijangka mudah untuk mencapai kutipan AS$200 juta bagi hujung minggu pertamanya.
Bagi mengetahui kesudahan filem ini sekuelnya Star Wars episod 9 dijadual ditayangkan pada 20 Disember 2019 dengan kerusi pengarah kembali jadi milik JJ Abrams.
#Disney #filem #JJ Abrams #Rian Johnson #Star Wars #Star Wars The Force Awaken #Star Wars The Last Jedi
;