Star Wars: The Force Awakens muncul dengan treler TV
Kohilah Sekaran
November 9, 2015 13:22 MYT
November 9, 2015 13:22 MYT
FILEM Star Wars: Episode VII - The Force Awakens kembali dengan treler baharu semalam dan Disney buat pertama kali menyiarkan treler filem Star Wars dalam bentuk treler TV berbayar atau 'TV spot".
Lebih penting, treler kali ini muncul dengan beberapa adegan baharu berserta dialog yang boleh memberi serba sedikit gambaran berkenaan jalan cerita filem tersebut kepada penonton.
Difahamkan, treler TV itu dikeluarkan secara eksklusif oleh syarikat Twitter.
Susulan itu, media sosial dijadikan medium untuk meluahkan rasa teruja oleh peminat-peminat Star Wars.
Kebanyakan mereka berkata bahawa treler baru ini memaparkan beberapa adegan baharu dan lebih menarik daripada treler pertama.
Malah, ada yang tidak sabar untuk menonton filem kerana menurut mereka, treler yang baru ini menimbulkan beberapa soalan yang mencurigakan.