Star Wars: Emperor Palpatine masih hidup?

Ian Johan Ariff
April 13, 2019 20:09 MYT
Emperor Palpatine merupakan watak antagonis utama dalam francais Star Wars yang dilihat sudah terbunuh dalam Star Wars Episode VI: The Return of the Jedi.
TRELER terbaharu Star Wars Episode IX: The Rise of Skywalker yang dikeluarkan pada Jumaat sudah pasti mengujakan peminat-peminat Star Wars.
“Kita tak pasti, mungkin Rey ada kaitan dengan keluarga Skywalker,” kata pengasas Star Wars Fanboys Malaysia, Suhaizam Mahmmud.
Star Wars Fanboys merupakan kelab peminat filem Star Wars yang ditubuhkan pada 2012.
“Paling best, part Palpatine, mungkin dia ada balik,” kata Suhaizam.
Emperor Palpatine merupakan watak antagonis utama dalam francais Star Wars yang dilihat sudah terbunuh dalam Star Wars Episode VI: The Return of the Jedi.
“Kita nampak Death Star (dalam treler), mungkin dalam Death Star ada Palpatine dalam tu, masa jatuh tu. Palpatine mungkin akan kembali ketuai darkside,” kata Suhaizam.
Sementara itu, Amer Alif, seorang peminat Star Wars tegar enggan mendedahkan ‘spoiler’ kepada umum.
“Akan ada spoiler dari episod 6, ada seseorang yang sudah mati tapi dia dah hidup balik, kita tak tahu pun selama ni. Dia dah hidup dah lama,” kata Amer.
Bagi seorang lagi peminat Star Wars, Alif Iqhbal, banyak persoalan yang belum dijawab dan menjadi spekulasi sehingga kini.
BACA: Peminat Star Wars disajikan dengan treler 'The Rise of Skywalker'
“The Rise of Skywalker, mungkin kebangkitan Jedi baharu, mungkin Rey adalah Skywalker seterusnya, atau mungkin ada pelatih baharu atau pengganti Jedi,” kata Alif.
Manakala Amer, masih belum jelas siapa waris Skywalker sebenarnya.
“Kita tak tahu pun dia (Luke Skywalker) ada anak ataupun tidak. Kerana yang terakhir memang Luke tetapi kita tak tahu dia ada isteri atau sesiapa.
"Boleh jadi Rey, boleh jadi orang lain... mungkin Poe (Dameron), tetapi Poe tak mungkin kerana dia ada keluarga dia sendiri,” tambah Amer.
#Death Star #Episode IX #Luke Skywalker #Palpatine #Skywalker #Star Wars #Star Wars Fanboys Malaysia #The Return of the Jedi #The Rise of Skywalker
;