Stacy secara rasmi memeluk Islam
Astro Awani
Ogos 25, 2015 18:07 MYT
Ogos 25, 2015 18:07 MYT
Dengan lafaz dua kalimah syahadah, penyanyi pop Stracie Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan gelaran Stacy secara rasmi memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru pada Isnin.
Stacy, 25 tahun turut mengesahkan nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam.
Berita mengenai penghijrahan bintang program realiti, Akademi Fantasia musim keenam kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini mula dihidu pihak media apabila fotonya semasa di Pejabat Agama tersebut mula tersebar di media sosial sejak Isnin.
Stacy bagaimanapun melaporkan menyuarakan ketidaksediaanya untuk mengumumkan status agamanya. Terkilan, penyanyi yang popular dengan lagu menyifat keputusannya sebagai “hak peribadinya”.
Selepas fotonya menjadi ‘viral’, Stacy akur dan membuat keputusan untuk mengumumkan perkembangan terbaru itu.
Isu pemelukan Islam Stacy mula dijadikan bahan bualan apabila penyanyi, Akim Ahmad mendedahkan beliau kini menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu berentak upbeat termasuk, Bosan dan Kasanova.
Media pada pertengahan Jun lalu melaporkan Stacy sudah mula berjinak-jinak dengan agama islam, dengan mula belajar berpuasa.
Anak kelahiran sabah itu mula menempa nama selepas memenangi pertandingan realiti tersebut.
Sehingga kini beliau sudah menghasilkan tiga album.