Sridevi mati lemas bukan serangan jantung?
Astro Awani
Februari 26, 2018 19:52 MYT
Februari 26, 2018 19:52 MYT
PELAKON terkenal Bollywood, Sridevi telah menemui ajal akibat mati lemas dan kandungan alkohol dalam darah beliau, menurut laporan forensik.
Memetik laporan forensik dan autopsi dari Gulf News melaporkan, pelakon tersebut maut selepas mati lemas di dalam tab mandi di bilik hotelnya.
Namun, kemungkinan yang membawa kepada kematiannya masih tidak dapat dikenal pasti, memetik portal itu.
Gulf News yang berpengkalan di Dubai, turut melaporkan Sridevi dijumpai di bawah pengaruh alkohol atas sebab beliau gagal mengimbangi dirinya lalu tergelincir dan jatuh ke dalam kolam di biliknya.
Beberapa laporan turut mengesahkan darah beliau mengandungi alkohol yang berlebihan.