'Squid Game 2' ditayangkan pada 26 Disember

Bernama
Ogos 1, 2024 07:59 MYT
Musim pertama "Squid Game" menjadi fenomena global, mencatat jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah Netflix. - Gambar/ Bernama
Drama survival "Squid Game" musim kedua akan ditayangkan pada 26 Dis, manakala musim ketiga dijangka dilancarkan tahun depan, menurut Netflix pada Khamis.
Musim pertama "Squid Game" menjadi fenomena global, mencatat jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah Netflix, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pengarah Hwang Dong-hyuk memenangi anugerah pengarah terbaik bagi ketgori drama bersiri di Anugerah Emmy dan pelakon Lee Jung-jae menerima Anugerah Pelakon Utama Terbaik.
Musim kedua menampilkan pelakon daripada musim pertama, bergandingan dengan pelakon baharu termasuk Im Si-wan, Kang Ha-neul, Lee Jin-uk dan Choi Seung-hyun.
"Saya sangat teruja melihat benih yang ditanam ketika menghasilkan 'Squid Game' berkembang dan berbuah sehingga akhir cerita.
"Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan anda mendapat pengalaman yang penuh mendebarkan.
"Saya harap anda teruja dengan apa yang akan datang. Terima kasih dan jumpa lagi, semua," kata pengarah Hwang menerusi sepucuk surat kepada penonton yang dikongsi Netflix.
-- BERNAMA
#Squid Game 2 #Hwang Dong-hyuk #Lee Jung-jae #Netflix