Spider-Man kekal di MCU, ini reaksi epik Tom Holland dan Zendaya
Gempak
September 30, 2019 22:00 MYT
September 30, 2019 22:00 MYT
MARVEL Studios dan Sony Pictures telah mencapai satu persetujuan baharu untuk mengekalkan filem Spider-Man.
Menerusi persetujuan itu juga, mereka bersetuju untuk menghasilkan satu lagi filem untuk Spider-Man yang akan ditayangkan pada 16 Julai 2021.
Pastinya orang yang paling gembira dengan khabar baik itu adalah dua pelakon utamanya, Tom Holland sebagai Peter Parker serta Zendaya yang membawa watak Mary Jane.
Menerusi laman sosial Instagram dan Twitter, dua pelakon itu berkongsi keterujaan menerusi entri mereka.
Tom Holland berkongsi babak ikonik lakonan Leonardo DiCaprio dalam filem Wolf of Wall Street. Babak ini sememangnya menerangkan situasi Spider-Man dengan sangat tepat.