Spice Girls bakal beraksi di Australia Februari tahun depan
Agensi
Jun 16, 2019 11:55 MYT
Jun 16, 2019 11:55 MYT
Kumpulan The Spice Girls dijangka meneruskan konsert jelajah mereka ke Australia pada Februari 2020.
Pengumuman itu dibuat oleh salah seorang ahli kumpulan yang popular pada era 90-an itu, Mel B pada penutup konsert mereka di Stadium Wembley, London, malam Sabtu.
“Kami akan jumpa anda semua pada bulan Februari di Australia,” katanya seperti dipetik News.com.au.
Bagaimanapun, lokasi sebenar kunjungan kali pertama kumpulan itu ke Australia pada tahun depan masih belum diketahui.
Terdahulu, kumpulan yang dianggotai oleh lima wanita iaitu Melanie Brown (Mel B), Melanie Chisholm (Mel C), Emma Bunton, Geri Halliwell dan Victoria Beckham itu memulakan konsert jelajah mereka bermula pada Mei lalu di beberapa lokasi termasuk Dublin, Cardiff, Manchester, Coventry, Sunderland, Edinburgh dan Bristol.
Bagaimanapun, Victoria atau lebih dikenali sebagai Posh Spice tidak menyertai mana-mana konsert jelajah kumpulan tersebut dan mendakwa dirinya sibuk dengan urusan perniagaan.
#Australia
#Emma Bunton
#Geri Halliwell
#London
#Melanie B
#Melanie C
#Spice Girls
#Spice Girls di Australia
#Stadium Wembley
#Victoria Beckham