Sos tomato bertatu Ed Sheeran dilelong lebih RM18,000
Agensi
Ogos 19, 2019 07:10 MYT
Ogos 19, 2019 07:10 MYT
JANGAN terkejut!
Tiga botol sos tomato edisi terhad Heinz, yang tertera tatu penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran berjaya dilelong dengan harga RM18,521.
Memetik laporan berita tempatan, tiga botol pertama dijual dalam satu acara lelongan di London pada 15 Ogos lalu dengan harga masing-masing sekitar RM5,000 hingga RM7,000.
Lebih istimewa, lukisan pada botol edisi tatu yang diberi nama, Ed Sheeran X Heinz Tomato Ketchup, menggunakan dakwat yang sama dengan tatu penyanyi lagu "Perfect" itu.
Sebanyak 150 botol dikeluarkan dan dijual di seluruh dunia sempena meraikan ulang tahun ke-150 jenama sos tersebut.
Menurut Pengarah Perhubungan Koporat Heinz Kreatif, Nigel Dick, pihaknya menjangkakan tidak ramai pembeli yang akan membuka dan menikmati sos itu.
Sebaliknya, koleksi itu hanya akan disimpan.
Difahamkan, sebanyak 104 botol akan dijadikan hadiah dalam satu cabaran global.
Manakala bakinya akan dilelong kepada peminat setia Ed Sheeran dan Heinz atau di simpan di muzium.