'Sorry about that! Arif is a little boy' - Anak dituduh pembuli, Asyraf Khalid mohon maaf
Gempak
Januari 1, 2019 08:00 MYT
Januari 1, 2019 08:00 MYT
ANAK tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid memohon maaf kepada seorang netizen atas kesalahan yang telah dilakukan oleh anaknya, Arif Jiwa.
Permohonan maaf itu dibuat dengan membalas komen di akaun Twitter miliknya pada Isnin.
Asyraf meminta kepada individu tersebut supaya menyampaikan permohonan maafnya kepada saudaranya yang terlibat.
"Sorry about that! Arif is a little boy, he doesnt understand the different between playing & bullying.
"Maybe he got a bit active, imagine being a kid & so many people wanting to take pics etc.
"A kid will be a kid, but pls tell your cousin, I apologize," tulis Asyraf.
Menurut kenyataan satu Tweet oleh pengguna @cheekydudette, dia telah mengatakan Arif telah membuli seorang kanak-kanak sehinggakan hampir menangis.
Asyraf dan juri Maharaja Lawak Mega (MLM), Tya Arifin telah berkahwin pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Arif Jiwa.