"Sopan orangnya dan hormat orang tua" - Nick Jonas dipuji ibu Priyanka Chopra

Gempak
Ogos 23, 2018 05:27 MYT
Keluarga Nick telah datang ke India untuk mengunjungi keluarga Priyanka sekaligus meraikan majlis pertunangan mereka.
PENYANYI popular Hollywood, Nick Jonas telah bertunang bersama aktres jelita Bollywood, Priyanka Chopra beberapa minggu yang lalu.
Keluarga Nick telah datang ke India untuk mengunjungi keluarga Priyanka sekaligus meraikan majlis pertunangan mereka.
Ekoran perkara tersebut, Ibu Priyanka, Madhu Chopra telah memuji bakal menantunya itu.
"Nick adalah seorang yang sangat tenang dan matang, kami sekeluarga sangat menyukainya.
"Dia sangat bersopan santun dan menghormat orang tua," ujarnya.
BACA: Priyanka Chopra, Nick Jonas kongsi foto majlis pertunangan
Dalam perkembangan lain, pasangan selebriti ini sedang merancang untuk mengadakan perkahwinan bertemakan tradisi India dan ia akan diadakan secara besar-besaran. - Sumber : E News
#Bollywood #Hollywood #India #keluarga #Nick Jonas #perkahwinan #Priyanka Chopra
;