Soo Wincci mengaku sudah lama tidak ke dapur
Gempak
Mei 29, 2016 09:29 MYT
Mei 29, 2016 09:29 MYT
PENYANYI dan pelakon Soo Wincci mendedahkan sudah lama tidak ke dapur kerana terlalu sibuk dengan kerjaya seninya.
Perkara tersebut diakui Wincci kepada Chef Anis Nabilah menerusi program masakan Eat Clean With Anis di episod kedua.
Menurut Wincci, dia sudah lama tidak memasak dan berbesar hati apabila diundang sebagai tetamu jemputan program masakan tersebut yang disiarkan di saluran Astro Bella.
Menariknya episod kali ini, Chef Anis menunjukan tiga jenis menu berkalori rendah yang mudah disediakan untuk sarapan, makan tengahari dan malam.
Bekas peserta Masterchef Malaysia itu teruja apabila dapat mempelajari kesemua resepi tersebut dan tidak sabar untuk mencubanya sendiri di rumah untuk mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Ingin tahu apakah resepi enak dan sihat dalam Eat Clean With Anis kali ini? Saksikannya di Astro Bella (saluran 133) dan Mustika HD (saluran 134) pada setiap hari Ahad, jam 7.00 malam.
Kepada mereka yang terlepas menyaksikan program masakan ini, anda boleh mendapatkan segala resipi yang telah dipaparkan di aplikasi SUUDU, menerusi e-Book, Eat Clean With Anis, yang bertindak selaku one stop centre kepada dimensi makanan sihat masa kini.
#Chef Anis Nabilah
#Eat Clean With Aris
#Penyanyi dan pelakon Soo Wincci mendedahkan sudah lama tidak ke dapur kerana terlalu sibuk dengan kerjaya seninya