Song Seung Hun, Krystal dalam drama baru 'Player'

Astro Awani
Jun 1, 2018 23:43 MYT
Song Seung Hun dan Krystal akan berlakon dalam drama 'Player' yang akan disiarkan selepas musim ke-2 Voice berakhir.
SAH! Pelakon Song Seung Hun bakal beraksi dalam drama baru bersama pelakon dan anggota kumpulan f(x) Krystal Jung.
Orion Cinema Network (OCN) mengesahkan berita mengenai pemilihan barisan pelakon drama baru tersebut pada Jumaat.
“Song Seung Hun dan Jung Soo Jung akan berlakon dalam 'Player’ (sebelum ini dikenali sebagai ‘Hustle’), yang akan disiarkan selepas musim ke-2 Voice berakhir," kata OCN dalam laporan allkpop.
Sebelum pengesahan tersebut, pelakon 'Autumn in My Heart' itu memuat naik gambar bersama-sama penyanyi '4 Walls' di laman Instagram rasminya yang menimbulkan khabar angin tentang projek baru mereka.
Mengangkat tema aksi, drama ‘Player’ mengisahkan empat individu yang berbakat dalam bidang masing-masing dalam dunia pemerdagangan wang.
Pasukan ini terdiri daripada seorang penipu genius, pejuang, penggodam dan pemandu handal.
Ingin tahu apa watak yang bakal dibawa oleh pelakon kegemaran anda?
Nantikan drama ini pada separuh akhir tahun 2018!
#4 Walls #aksi #allkpop #anggota #Autumn in My Heart #drama #f x #Instagram #Krystal Jung #OCN #Orion Cinema Network #pelakon #penyanyi #Player #Song Seung Hun #Voice