Song Ji-hyo jadi menantu pilihan ibu Kim Jong-kook
Gempak
Jun 26, 2018 11:00 MYT
Jun 26, 2018 11:00 MYT
KEAKRABAN Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo terutamanya dalam acara Running Man pastinya tidak ada rahsia lagi.
Bintang terkenal Korea ini didakwa mempunyai hubungan istimewa.
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan kemesraan mereka memang jelas, lebih-lebih lagi di hadapan skrin televisyen.
Ji-hyo memperkenalkan dirinya semasa penggambaran dan berkongsi dengan para ibu tentang kelayakannya untuk menjadi isteri yang baik pada masa depan.
Ibu selebriti termasuk ibu Jong-kook saling bersaing mahu menjadikan Ji-hyo sebagai menantu mereka.
Ji-hyo muncul sebagai tetamu khas bersama ibu-ibu Kim Gun-mo, Park Soo-hong, Tony Ahn, dan Jong-kook pada satu episod 'Duckling My Ugly'.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Koreaboo