Solange Knowles batal persembahan di Afropunk, derita gangguan saraf otonom

Pritha Manivannan
Disember 28, 2017 08:04 MYT
Solange berkata beliau menghidapi gangguan sistem saraf otonom - Foto: Instagram
SOLANGE KNOWLES membatalkan persembahannya di Afropunk Fest pada malam tahun baharu atas sebab kesihatan.
Menurut pos di laman instagramnya, Solange berkata beliau menghidapi gangguan sistem saraf otonom dan berjuang menentang penyakit itu selama beberapa bulan secara rahsia.
Adik kepada penyanyi pop popular, Beyonce itu meminta maaf kepada rakyat Afrika Selatan kerana terpaksa membatalkan persembahannya atas arahan doktor.
Kata Solange, beliau mendapat rawatan sejak lima bulan lalu tetapi penyakitnya sangat rumit.
Bagaimanapun, Solange berkata akan kembali ke Afropunk tahun berikutnya bagi peminat-peminat setia.
Gangguan sistem saraf otonom boleh menyebabkan pengsan, isu tekanan darah dan beberapa simptom lain.
#AFROPUNK #Beyonce #Knowles #Solange Knowles #South Africa
;