SMK kembali untuk musim kedua, Kak Lina Pom Pom dan Sean Lee antara penyeri baharu

Asyraf Roslan
Oktober 7, 2020 11:47 MYT
SMK dibintangi bakat-bakat muda popular seperti Wafiy Aan, Mia Sara Nasuha, Rykarl Iskandar, Arena Wan, Erissa Puteri, dan Fikry Kiki.
SIAPA rindu zaman sekolah?
Ini masa anda untuk mengimbau kenangan anda dengan siri komedi, SMK, yang kini sudah masuk musim kedua.
Apa yang menarik, naskah terbaharu SMK bakal menyaksikan bagaimana semua watak dari musim pertama kembali ke sekolah selepas negara dilanda pandemik COVID-19.
Babak-babak dalam SMK musim kedua ini diilhamkan oleh situasi sebenar anak-anak di sekolah menjalani kehidupan norma baharu di sekolah.
Seiringan hal norma baharu, SMK juga turut menerapkan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan dalam kalangan penonton agar mereka lebih peka dalam menjaga diri di sekolah.
SMK dibintangi bakat-bakat muda popular seperti Wafiy Aan, Mia Sara Nasuha, Rykarl Iskandar, Arena Wan, Erissa Puteri, dan Fikry Kiki.
Siri yang mengungguli kategori ‘Best Quarantine-Themed Drama/Feature/Programme’ di Anugerah ContentAsia 2020 turut menampilkan presiden netizen Big Stage, Elly Mazlein yang memengang watak sebagai guru disiplin iaitu Cikgu Aini.
Selain itu, pelakon Sean Lee juga akan membuat kemunculan dalam siri tersebut dengan memengang watak sebagai Zul.
SMK musim kedua akan mulai 7 Oktober, 9.00 malam di Astro Ceria (CH631) dan Ceria HD (CH611).
Anda juga boleh menonton musim terbaharu dengan strim di aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand.
#SMK #siri komedi #Kak Lina Pom Pom #Elly Mazlien #Sean Lee #Astro Ceria #COVID-19
;