Skandal universiti: Lori Loughlin 'terpaksa' mengaku tidak bersalah

Nursyazwani Saiful Sham
April 18, 2019 09:16 MYT
Pelakon Felicity Huffman dan Lori Loughlin antara yang didakwa terlibat dalam komplot penipuan kemasukan ke kolej berprestij Amerika Syarikat. - Foto fail
PELAKON Lori Loughlin tiada pilihan lain selain mengaku tidak bersalah dalam komplot penipuan kemasukan ke kolej berprestij Amerika Syarikat.
Pelakon sitkom Full House itu dan suami, Mossimo Giannulli sebelum ini mengaku tidak bersalah terlibat dalam skandal tersebut pada Isnin.
Bagaimanapun, menurut pihak penguatkuasaan undang-undang kepada portal CNN, pihak pendakwa raya tetap akan mencadangkan hukuman penjara terhadap kesemua 33 ibu bapa yang terlibat dalam skandal tersebut.
Terdahulu, Loughlin dan suami didakwa membayar sebanyak AS$15,000 dengan mengupah orang lain menduduki peperiksaan bagi anak-anak mereka.
Sebelum ini pelakon Felicity Huffman yang terlibat dalam skandal sama dicadangkan untuk terima hukuman 10 bulan penjara.
BACA: Skandal universiti: Felicity Huffman berdepan hukuman penjara 10 bulan
Ia selepas Huffman didakwa terlibat dalam komplot penipuan kemasukan ke kolej berprestij Amerika Syarikat.
Huffman merupakan salah seorang daripada 13 ibu bapa yang mengaku bersalah terlibat dalam skandal tersebut minggu lalu.
BACA: Pelakon Desperate Housewives didakwa dalam skandal penipuan kemasukan kolej
#Amerika Syarikat #Felicity Huffman #Full House #kolej berprestij #Lori Loughlin #Mossimo Giannulli #skandal universiti
;