Skandal seks K-Pop: 5 syarikat hiburan utama hilang RM2.1 bilion

Isabelle Leong
Mac 21, 2019 14:15 MYT
Pendedahan yang melibatkan lima artis iaitu Big Bang Seungri, Jung Joon Young, Highlight Yong Junhyung, FT Island Choi Jong Hoon dan CNBLUE Lee Jonghyun telah memberikan kesan yang ketara kepada saham industri hiburan Korea. - Gambar Twitter
SKANDAL seks melibatkan beberapa bintang K-Pop terkemuka telah menggoncang dunia hiburan K-Pop pada minggu lalu.
Pendedahan yang melibatkan lima artis iaitu Big Bang Seungri, Jung Joon Young, Highlight Yong Junhyung, FT Island Choi Jong Hoon dan CNBLUE Lee Jonghyun memberikan kesan yang ketara kepada saham industri hiburan Korea.
Menurut laporan allkpop, saham syarikat pengurusan YG Entertainment merudum sebanyak 24.8 peratus sejak 25 Februari, selepas Seungri disoal siasat pihak polis tempatan yang membabitkan skandal seks termasuk kes dadah dan rasuah.
Pada Selasa, sahamnya ditutup pada satu peratus lebih kurang daripada hari sebelumnya.
Lima syarikat hiburan utama di Korea juga mencatatkan kerugian sebanyak 17.52 peratus dari 25 Februari hingga 15 Mac, selepas nilai pasaran gabungan mereka turun dari RM12.07 bilion ke RM9.94 bilion.
Skandal tersebut bermula pada penghujung Januari, di mana media tempatan melaporkan mengenai seorang pekerja kelab malam, Burning Sun yang menyerang pelanggan di situ.
Pada ketika itu, Seungri masih lagi memiliki kelab malam berkenaan.
Susulan laporan Seungri didakwa memberi perkhidmatan seks di kelabnya, saham YG Entertainment jatuh 14.1 peratus.
Pada hari yang sama, Seungri mengumumkan pesaraannya daripada dunia hiburan menerusi laman Instagram rasminya.
BACA: Benarkah Big Bang Seungri diminta bersara?
Saham syarikat gergasi K-Pop tersebut jatuh lagi sebanyak 3.4 peratus pada 12 Mac.
Syarikat hiburan JYP Entertainment, SM Entertainment, Cube Entertainment dan FNC Entertainment juga mengalami kerugian sejak skandal tersebut berlaku.
Tidak ketinggalan saham syarikat FNC Entertainment yang menguruskan anggota FT Island iaitu Choi Jong Hoon jatuh 11.1 peratus pada 11 Mac.
Dalam perkembangan sama, saham SM Entertainment, Cube Entertainment dan FNC Entertainment turut menyaksikan penurunan melebihi 20 peratus dari 24 Februari ke 15 Mac.
Sementara itu, saham JYP Entertainment pula hanya turun 5.5 peratus sepanjang tempoh itu.
BACA: Suka ke Korea Selatan, jaga-jaga! Aksi anda mungkin dirakam
BACA: Artis K-Pop, Jung Joon-young didakwa rakam video seks dengan 10 wanita
#Choi Jong Hoon #Jung Joon Young #JYP Entertainment #K-pop #Lee Jonghyun #saham #Seungri #Skandal Seks #YG Entertainment #Yong Junhyun
;