#SitiGolden40th : Senarai konsert yang pernah diadakan Siti Nurhaliza

Asyraf Roslan
Januari 11, 2019 09:16 MYT
Astro AWANI kongsikan senarai konsert yang pernah diadakan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza - NashAmzah/AstroAWANI
KAN ku kejar pelangi, walau hadir sementara...
Itu antara bait lirik lagu Engkau Bagai Permata yang menjadi lagu pembukaan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk konsert Live Bersama Siti Nurhaliza pada tahun 1999.
Ini merupakan konsert solonya yang pertama selepas berjaya menjuarai Bintang HMI empat tahun sebelum itu.
Konsert tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan diterima dengan baik oleh pengkritik serta beliau dipuji kerana vokal dan persembahannya yang mantap.
Sempena ulang tahun kelahiran ke-40 penyanyi kesayangan ramai itu dan juga konsert jelajah beliau yang akan bermula bulan depan, Astro AWANI kongsikan senarai konsert yang pernah diadakan biduanita kesayangan ramai ini:
#Astro Awani #konsert #Siti Nurhaliza #SitiGolden40th