Siti Saerah gembira disahkan hamil

Gempak
Jun 1, 2018 12:24 MYT
Siti Saerah mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil selepas tiga bulan berkahwin dengan Mohd Sharidan Johari pada 24 Februari lalu.
ADIK kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Saerah mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil selepas tiga bulan berkahwin dengan Mohd Sharidan Johari pada 24 Februari lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Saerah berkongsi berita itu kepada pengikutnya berserta dengan foto imej imbasan kandungannya.
"Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, Alhamdulillah," tulisnya.
Menerusi laporan Utusan Online, Saerah mengakui tidak menyangka bahawa dirinya kini sedang hamil dan berita itu diketahui selepas melakukan pemeriksaan.
“Selepas melakukan pemeriksaan kesihatan pada 28 April lalu di sebuah klinik di Cheras, barulah doktor mengesahkan bahawa Saerah sah mengandungkan cahaya mata pertama kami.
“Tarikh hari ini, sempena kali pertama Saerah lakukan rawatan susulan sebaik disahkan hamil, kami manfaatkan juga peluang tersebut untuk umumkan berita ini kepada semua,” katanya
Terdahulu, Saerah telah mempunyai tiga orang anak iaitu Ummi Umairah, 6; Ahmad Daiyan, 5 dan Ahmad Aisy, 3, hasil perkahwinan pertamanya dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 2010.
#hamil #imbasan kandungan #Instagram #Siti Nurhaliza #Siti Saerah
;