Siti Nurhaliza impi kisah hidup dalam teater muzikal

Astro Awani
Februari 10, 2014 13:14 MYT
Siti Nurhaliza di Konsert Amal Where The Heart Is - Foto Astro AWANI
Datuk Siti Nurhaliza mengimpikan kisah hidupnya dibawa ke pentas Istana Budaya dalam bentuk teater muzikal.
Sebagai permulaan, Siti mencuba konsep muzikal menerusi persembahannya dalam konsert amal 'Where The Heart Is'.
Bersikap teliti dalam setiap perkara, Siti menjadikan persembahan artis-artis antarabangsa sebagai ilham dalam memberikan kelainan.
Siti gembira kerana konsert amal ini mendapat sambutan baik orang ramai dan badan-badan korporat dalam usaha menambah dana Yayasan Nurjiwa untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.
Selain memilih Hazama menjadi artis undangan, peminat turut diberikan peluang bertanyakan soalan secara langsung kepada Siti dalam satu segmen istimewa.
Penyanyi berusia 35 tahun ini turut mempersembahkan lagu baru berjudul 'Jaga Dia Untukku' ciptaan Aubrey Suwito yang akan dimuatkan dalam album terbarunya.
Album baru penyanyi nombor satu negara itu dijangka siap pada Mac nanti.
#amal #konsert #muzikal #Siti Nurhaliza #teater #Where The Heart Is
;