Siti Nurhaliza dilantik Ahli Lembaga Pengarah Aswara

Sinar Harian
Ogos 28, 2018 10:00 MYT
Siti Nurhaliza (dua, kanan) menerima surat pelantikan daripada Mohamaddin Ketapi (dua, kiri). -Sinar Harian
PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Akademi Seni Dan Warisan (Aswara) berkuat kuasa 1 Ogos lalu.
Pelantikan itu yang dibuat oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi itu merupakan satu penghormatan bagi penyanyi kesayangan ramai ini.
Menurut Siti Nurhaliza, 39, selama ini beliau aktif dalam bidang seni, menyanyi, membuat persembahan dan menimba pengalaman.
#ahli lembaga pengarah #Akademi Seni Dan Warisan #Aswara #Mohamaddin Ketapi #penyanyi kesayangan ramai #Siti Nurhaliza