Siti Nurhaliza bersedia untuk kembali aktif
Astro Awani
Februari 17, 2013 20:35 MYT
Februari 17, 2013 20:35 MYT
Selepas berehat hampir tiga bulan untuk menjaga suaminya yang terlibat dalam kemalangan, Siti Nurhaliza dikatakan bersedia untuk kembali aktif.
Gembira dengan perkembangan kesihatan suaminya, Siti menyangkal sebarang pendapat orang awam yang mengatakan suaminya tidak dapat berjalan dan sebagainya.
“Suami saya menghadapi kecederaan di bahagian tangan kanan dan bahu sahaja dan dalam jangka masa tiga bulan ini, saya dapat merasakan menjadi suri rumah sepenuh masa ketika menjaga suami saya,” kata Siti.
Bagaimanapun Siti bersyukur atas segala musibah yang menimpa diri dan suaminya itu yang dilihat sebagai menyemarakkan lagi hubungan cinta diantara mereka.
Sementara itu, Siti juga dijadualkan mempromosikan single terbarunya, “Galau” dalam masa terdekat ini.