Siti Nurhaliza bawa Siti Aafiyah beraya bersama Azmin Ali, Anwar Ibrahim
Nursyazwani Saiful Sham
Jun 17, 2018 21:57 MYT
Jun 17, 2018 21:57 MYT
Sempena Hari Raya Aildiftri, pasti ramai sanak saudara dan rakan taulan yang mengunjungi antara satu sama lain untuk mengeratkan silaturahim.
Begitu juga buat artis tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang melawat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini.
Dalam perkongsian terbaharu menerusi platform media sosial Twitter peribadi milik Mohamed Azmin, Siti bersama suami, Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa dan puteri sulung mereka, Siti Aafiyah hadir melawatnya dan isteri.
Tambah Azmin, kunjungan itu demi memperkukuhkan ukhuwah dan silaturrahim antara satu sama lain.
Bukan hanya Azmin, Siti dan keluarga turut menziarahi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Siti memuat naik foto bersama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan itu menerusi Instagram peribadinya pada Ahad.
Pada Sabtu, Siti turut berkongsikan pertemuan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarganya sempena bulan mulia ini.
#Anwar Ibrahim
#Datuk Seri Azmin Ali
#Datuk Seri Siti Nurhaliza
#Hari Raya Aildiftri
#Menteri Hal Ehwal Ekonomi
#silaturahim
#Wan Azizah Wan Ismail